Sila lah klik di sini....

Tuesday, July 28, 2009

Cloth Diapers...tapi hantar anak ke rumah pengasuh

Posted by reen at 4:59 PM 0 comments





Tak ada masalah walaupun anda seorang yang berkerjaya dan perlu hantar anak ke nursery atau baby sitter.. Caranya begini :
1- bila nak hantar anak pagi-pagi tu masukkan cloth diapers dalam beg dia..dan masukkan sekali wet bag ( wet bag nie ialah beg yang dijahit khas dengan lapisan tak bocor untuk masukkan cloth diapers yang kotor) atau kalau tak ada bawak jer beg plastik.
2- Pesan dekat pengasuh tu, kalau baby poo or pee, bersihkan seperti biasa..tapi cloth diapers yang sudah kotor tu terus masukkan dalam beg plastik/wet bag. Konsep yang sama dengan lampin pakai buang tapi jangan buang terus dalam tong sampah!!Siap la cop duit kalau pengasuh tu buang dalam tong sampah.
3- Time balik dari kerja dan ambik anak dari rumah pengasuh, jangan lupa ambik sekali barangan berharga anda-cloth diapers yang dah kotor.
4- Sampai balik rumah, buangkan stool dia kedalam toilet then terus campak kedalam mesin basuh...
5- Jemurkan cloth diapers tu..
6- Taraaaa..senangkan..
7- Esok ulang langkah yang sama....

Selamat Ber"cloth diaper"

Friday, July 24, 2009

Kenapa cloth diapers???

Posted by reen at 7:12 PM 0 comments
Lampin kain sebenarnya telah lama digunakan.Dengan kecanggihan teknologi, lampin pakai buang menggantikan lampin kain yang dikatakan ketinggalan zaman.Ia dikatakan lebih mudah digunakan terutamanya bagi ibu yg berkerjaya.
Sejajar dengan kecanggihan teknologi ini juga,lampin kain moden dicipta..kenapa perlu memilih memakai cloth diaper???....

Cuba tgk kebaikan kalau pakai cloth diaper:

1...Bahan kimia Dioxin.
Tahukah anda disposal diapers mengandungi Dioxin.Dioxin nie ialah bahan yang terhasil dari proses pelunturan.Kertas yang digunakan utk buat disposal diapers tu perlu dilunturkan sehingga nampak putih ,bersih dan cantik..upss,tapi selamat ker utk baby?? Dioksin juga merupakan toksin yang bersifat karsinogen dan ini merupakan penyebab kanser..banyak negara sudah mengharamkan penggunaan karsinogen kerana keburukannya...jadi,,fikir-fikirkan,sanggup kah kita biarkan anak kita memakai lampin berkarsinogen

2...Sodiom polyacrylate
Ini pula bahan kimia yang menyebabkan Disposal diapers menyerap dengan banyak. Bila basah,ia akan bertukar menjadi gel.Haaa,inilah bahan yang menyebabkan kulit bayi jadi kemerah-merahan sampai kita asyik terpaksa tukar jenama disposal diapers. Gel ini juga boleh menyebabkan muntah-muntah,jangkitan kuman bila lambat ditukar dan demam bila berlaku alahan yang kronik. Hmm...gel ini tak lagi digunakan dalam tampon wanita sejak diharamkan pada tahun 1995 kerana dikatakan penyebab Toxic Shock Syndrome.

3...Tributyl Tin
Ini perosak alam nie....huhuhu,ia merupakan environmental pollutant dan sangat bertoksik.Bahan ini mengganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
4...Kesuburan
Pada tahun 2000, satu kajian dijalankan di German mendapati bahawa lampin pakai buang ini menaikkan suhu sekitar skrotum (takutnya!!) dan boleh merosakkan mekanisme penyejukan semulajadi...Kesannya???..ini akan mempengaruhi kesuburan di masa depan..

Tahukah anda???
27 juta disposal diapers masuk ke tempat pelupusan sampah setiap hari di seluruh dunia.

500 tahun masa yang diambil untuk Disposal Diapers nie mereput.

50% domestic sampah dalam rumah yang ada anak kecil ialah Disposal Diaper.
Semua ini takkan berlaku kalau anda menggunakan Cloth Diapers.

Hahahah,ini bab yang paling menarik...Penjimatan Kos

Dengan pakai Cloth diapers, percaya atau tidak anda mampu berjimat

Lihat pengiraan dibawah:
Katakan anak anda menggunakan 7 keping lampin secara purata setiap hari sejak dari lahir sehingga pandai ke toilet.Katakan anak anda pandai ke toilet pada umur 3 tahun.
7 Keping x RM0.50 (ini harga bila beli time sale) = RM 3.50 sehari
RM 3.50 x 30 hari sebulan = RM 105.00 sebulan
RM 105.00 x 12 bulan = RM 1260 (perbelanjaan utk setahun)
Kalau sampai pandai pergi toilet pada umur 3 tahun
RM 1260 x 3 tahun = RM 3780..
Wow..banyak juga kan,ini untuk seorang anak..macammana kalau ada 2-3 org anak?

Sekeping Cloth diaper berharga RM48.00
Rm 48.00 x 7 keping sehari = RM 336.00

Sebulan kos masih RM 336.00

Setahun kos masih RM 336.00

3 tahun kos masih RM 336.00


Anak ke 2..masih boleh dipakai ..jadi kos masih RM 336.00
Jimat kan???
Tgk carta perbandingan dibawah :


boleh muat ker sampai umur 3 tahun??? jangan risau, cloth diapers boleh di adjust size sesuai ngan besar baby...




cloth diaper

Posted by reen at 6:36 PM 0 comments
Ini satu set cloth diaper..satu cloth diaper itself,ada 2 insert untuk tujuan penyerapan-satu saiz besar dan satu lagi saiz yang kecil sikit..
Ne lah stock cloth diaper yang ada...ada 7 warna utk dipilih...setiap set berharga RM48 sahaja..

Wednesday, July 22, 2009

Cloth Diapers

Posted by reen at 10:50 PM 0 comments
Ibu - ibu di luar sana....cuba tgk cloth diapers dibawah nie..cantik kan...yang lebih penting anak-anak anda tak terdedah dengan bahaya bahan kimia yg ada dalam lampin pakai buang...di samping boleh menjimat kan wang anda untuk jangka masa panjang...



Saya sekarang menjual Cloth diapers yang cantik untuk anak-anak anda pakai... ada bermacam-macam warna...merah,kuning,hijau,pink,biru,putih,ungu...sila la pilih mana yang berkenan di hati
Tawaran harga yang hebat!!!..cuma RM48.00 sahaja...
 

Pamper Your Baby Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez